GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 31 August 2012

3 CIRI ORANG YANG IKHLAS




Adakah anda mempunyai sifat ikhlas? Atau adakah anda termasuk orang yang ikhlas hatinya? 
Payah sebenarnya untuk menjawab soalan ini.
Keikhlasan terletak di dalam hati. Hati pula nun jauh di dalam dada. Sekali pun dada dibelah dengan pisau untuk melihat isi hatinya, namun keikhlasan tetap sukar dibaca dan ditafsirkan.

Monday 27 August 2012

7 TANDA ANDA DICINTAI ALLAH



Katakan kapal anda pecah dipukul ombak. Kesemua 49 penumpang lain mati kelemasan kecuali hanya anda yang selamat. Anda terdampar keseorangan di sebuah pulau yang sepi.

Anda pandang ke depan, hanya nampak pasir yang memutih.

Anda pandang ke kiri, tidak ada sesiapa pun di sana.

Anda pandang ke kanan, semuanya kosong dan sepi,

Lalu anda pun berseru : Wahai Tuhan, tolonglah aku, bantulah aku. 

Kalau anda seorang muslim yang baik, yang disayangi dan dicintai oleh Tuhan, pastilah DIA akan menolong anda. Ketahuilah ada 7 tanda anda disayangi dan dicintai oleh Allah SWT.

Kita mulakan cerita ini pada saat anda terdampar di tepi pantai.   

[1] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Lalu Allah SWT memberi yang terbaik kepada anda. DIA menurunkan hujan kepada anda. Anda dapat mandi dan minum sepuas-puasnya. Lalu DIA menghanyutkan sebiji epal dekat anda, lalu anda dapat makan & bertenaga kerananya.
    Hujan yang turun. Syukur kepadaMU.
Epal yang sedap dan lazat

JIKA TIDAK
DIA membiarkan sahaja anda di situ dengan dahaga dan lapar yang berpanjangan. DIA menahan hujanNya daripada turun. DIA juga menahan sebarang kurniaNya daripada mendekati anda.

[2] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Lalu Allah SWT menganugerahkan perasaan kasih sayang dan sifat lemah-lembut kepada anda. Anda menjenguk kalau-kalau ada rakan anda yang terselamat yang mendekati pulau anda. Atau ada mayat rakan anda yang menuju ke pulau anda. Anda ingin menolong dan membantu sekuasa anda.

JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda tumbuh dengan sifat mementingkan diri. Syukurlah aku selamat. LANTAKLAH orang lain tu.

 

[3] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Penduduk dunia menerima anda dan menyayangi anda. Berita kehilangan anda segera tersebar dan mendapat liputan meluas. Ramai orang cuba mencari anda. Akhirnya anda berjaya diselamatkan & kembali hidup bersama keluarga. Kisah pilu anda disiarkan dalam media massa untuk dijadikan pengajaran dan iktibar.



JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda terdampar seorang diri di pulau itu. Walau pun ada kapal lalu-lalang dan ternampak isyarat kecemasan yang anda buat, tetapi semacam ada hijab yang menutupi antara anda dan mereka.

Anda keseorangan di pulau itu selama berbulan-bulan. Misai dan janggut anda dah panjang sehingga tak sesiapa pun mengenal anda lagi. Kuku anda pun menjadi tersangat panjang mengalahkan berok dan kera.

Keluarga anda dah buat majlis tahlil yang ke 100 hari untuk anda. Mereka menyangka anda sudah mati walau pun sebenarnya anda masih HIDUP.

[4] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Allah SWT menguji anda dengan bala  dan anda sabar menghadapinya serta sentiasa menjadikan ujian Allah SWT kepada anda sebagai pengajaran.

Sabar itu indah

Kisah itu menjadikan anda semakin percaya bahawa Tuhan sangat pengasih dan penyayang. Dia memberi anda ujian. Dan dia juga yang menyelamatkan anda daripada ujian itu.

JIKA TIDAK
Anda merunggut padanya dengan bermacam-macam tohmahan. Anda akan menuduhnya sebagai tak pandai memberi ujian, buta, jahil dan berbagai-bagi lagi. Pelbagai kata kasar dan biadap anda lemparkan kepadaNya.

Akibatnya, anda semakin jauh daripada Allah. DIA membenci anda di atas keburukan akhlak & perangai anda.

[5] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Anda menghabiskan umur anda dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan perkara maksiat. Anda merasa lazat beribadah & bermunajat kepadaNya. Di saat azan berbunyi, anda segera mendekati masjid & solat berjemaah di sana. Alangkah mulia cara hidup yang anda tunjukkan.

Menghabiskan masa dengan solat dan munajat

JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda hidup mengikut nafsu semata-mata. Anda bekerja siang malam mencari rezeki sedangkan rezeki anda tidak pernah mencukupi. Kemudian syaitan mengajak anda melakukan maksiat dengan minum arak dan berzina.

[6] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Mati dalam keadaan taat kepada Allah SWT serta sentiasa ghairah menyahut seruan jihad. Anda beruntung kerana jiwa anda dihidupkan Tuhan & sentiasa menyala-nyala untuk mendapat syahid.

 
Beruntunglah orang yang mendapat pangkat syahid. Saat anda melihat Rejim Zionis membunuh saudara-saudara kita di Palestin, anda menjadi sangat marah & terasa ingin menebas batang tengkok Yahudi-Yahudi Laknatullah itu.

Saat anda melihat saudara-saudara kita di Kashmir, Myammar dan lain-lain tempat di dunia ditindas dan diperlakukan penuh kehinaan, anda merasa sangat marah & ingin membela mereka. Anda rela menjadi syahid demi agama anda.  

JIKA TIDAK
DIA membiarkan sahaja anda lupa kepada akhirat dan lupa juga tentang nasib saudara-saudara seagama anda. Anda dihanyutkan oleh kehidupan sementara dan anda lupa kepada penderitaan mereka yang seagama dengan anda.

[7] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Bersangka baik kepada Allah ketika mati. Anda percaya bahawa Tuhan itu bersifat Maha Pengasih & Maha Penyayang. Dan anda pun percaya bahawa DIA tidak akan mensia-siakan hidup anda selama ini.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk Islam. Jadi, anda percaya bahawa Tuhan akan memberi balasan yang indah dan baik kepada anda.  Anda mengharapkan keridhaanNya dan shurgaNya. Insyaallah, anda akan mendapat kedua-duanya.

JIKA TIDAK
DIA akan menjauhkan rahmatNya dan pengampunanNya daripada anda pada saat kematian anda. Maka datanglah syaitan mengoda anda. Lalu matilah anda dalam keadaan “suul khatimah”.  

Saturday 25 August 2012

MANUSIA BAIK, MANUSIA JAHAT


 






















Dalam dunia ini, kita terjumpa bermacam-macam cerita & mengalami bermacam-macam kisah. Semuanya pengalaman berguna yang patut diambil iktibar dan pengajaran.

Ada manusia baik dan manusia yang jahat. Kadang-kadang manusia yang baik itu disalahanggap sebagai jahat. Dan ada juga yang jahat itu, pandai berpura-pura dan berlakon sehingga dia nampak seperti baik dan mulia.

Thursday 23 August 2012

20 WASIAT PENTING UNTUK SUAMI ISTERI


 
Di bawah ini kami utarakan 20 wasiat daripada Rasulullah S.A.W kepada menantunya, Saidina Ali tentang perkara jimak di dalam Islam. Harap dapat anda baca dan mengambil manfaat daripadanya.

Walau pun, wasiat ini disampaikan Rasulullah kepada Saidina Ali, namun ia juga sebenarnya untuk kaum muslimin  dan muslimat. Khususnya kepada para suami & isteri.

Sebab itu, kami namakan entri ini 20 WASIAT PENTING UNTUK SUAMI ISTERI

Friday 17 August 2012

10 HENTAMAN METEOR PALING DAHSYAT DI DUNIA

Bayangkan anda bersendirian seorang diri di depan rumah.

Masa itu langit cerah. Jam sekitar 2.00 pagi.

Anda takut?  Pada Tuhan, sepatutnya anda takut.

Anda sunyi? Bukankah Tuhan bersama anda? 

Anda menatap ke langit malam dan melihat sebuah titik kecil. Kemudian titik kecil  tersebut berubah menjadi lebih besar dan besar. Kemudian membesar dua kali ganda, sampai langit malam terlihat terang kerananya.

Lalu anda menyedari bahwa titik tersebut sebenarnya sangat besar, sebesar Bandaraya Kuala Lumpur. Ia kemudian menjunam turun, lalu membelah udara malam dengan kecepatan seperti suara,  datang tepat ke arah anda, BOOM !

Wednesday 15 August 2012

10 JENIS IKAN PALING CANTIK DI DUNIA.


  1. Mandarin Fish


CANTIK DAN PENUH WARNA WARNI
http://hermawayne.blogspot.com
MANDARIN FISH STANDAR...RM20 SEEKOR

PSYCHEDLIC MANDARIN FISH

Tengok gambar di atas. Cantik kan? Ada 2 jenis ikan Mandarin fish. [1]  Mandarin fish standar dan [2] Psychedelic Mandarin. Yang standar biasanya memiliki pola dan warna yang lebih bagus dibanding Psychedelic. Harganya tidak lebih dari $20 per ekor, namun yang menjadi masalah adalah makanannya yang sulit dicari.

KISAH BINATANG LAUT PALING BERBAHAYA

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
Tinggal beberapa sahaja lagi untuk kita menyambut raya. Terawih pun dah tinggal beberapa sahaja lagi.
Dalam kita bergembira, kita mesti juga berwaspada. Ingat, jangan memandu laju di atas jalan raya.
Jangan juga ghairah bermain mercun. Takut2 pecah muka dan buta mata.

Monday 13 August 2012

MESIN ATM INI DAPAT MENGELUARKAN KOIN EMAS

Dubai memang terkenal sebagai sebuah negara yang kaya-raya. Dan selalu membuat kejutan yang sangat menakjubkan tentang hal-hal yang mewah dan mahal.

Dulu pasal taman perumahan mewah di tengah laut, kemudian pasal bangunan pencakar langit, kemudian pasal gedung mewah. Macam-macam perkara di negara tersebut, yang semuanya menunjukkan kehidupan mewah dan mahal.

Friday 10 August 2012

SURAT SADDAM HUSSEIN KEPADA RAJA ARAB SAUDI


Surat Saddam Hussein: Para Penguasa Arab Termasuk Dirinya adalah Boneka AS

“Adapun pemimpin Arab lainnya jika mereka bukan menjadi boneka AS, pasti sangat memusuhi Islam.‘” Tulis Saddam Hussein kepada Raja Saudi


 

 

Anda kenal siapa di dalam gambar di atas? Saya pasti anda cukup kenal walau pun anda generasi baru. Semasa saya masih bersekolah, dia dah cukup hebat, setanding dengan Muammar Ghadafi dari Libya.

Kedua-duanya amat memusuhi AS. Berani, lantang dan cukup bersemangat membantai AS di depan rakyatnya.

Thursday 9 August 2012

DOA NUR DARI RASULULLAH S.A.W


Doa NUr
(Doa Cahaya) 

بسـم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
بِسْمِ اللهِ النُّوْرِ، بِسْمِ اللهِ نُوْرِ النُّوْرِ، بِسْمِ اللهِ نُوْرٌ عَلَى نُوْرٍ، بِسْمِ اللهِ الَّذِي هُوَ مُدَبِّرُ اْلأُمُوْرِ، بِسْمِ اللهِ الَّذِي خَلَقَ النُّوْرَ مِنَ النُّوْرِ. اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي خَلَقَ النُّوْرَ مِنَ النُّوْرِ، وَاَنْزَلَ النُّوْرَ عَلَى الطُّوْرِ فِي كِتَابٍ مَسْطُوْر.ٍ فِي رَقٍّ مَنْشُوْرٍ بِقَدَرٍ مَقْدُوْرٍ عَلَى نَبِيٍّ مَحْبُوْرٍ. اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي هُوَ بِالْعِـزِّ مَذْكُوْرٌ، وَبِالْفَخْرِ مَشْهُوْرٌ، وَعَلَى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ مَشْكُوْرٌ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ الطَّاهِـرِيْنَ.

Bismillâhin Nûr, bismillâhi Nûrin nûr, bismillâhi Nûrun ‘alâ nûr, bismillâhil ladzî Huwa Mudabbirul umûr, bismillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr. Alhamdulillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr, wa anzalan nûra ‘alath thûr, fî kitâbim masthûr, Fî raqqim mansyûr, bi-qadarin maqdûr, ‘alâ nabiyyin mahbûr. Alhamdulillâhil ladzî Huwa bil-’izzi madzkûr, wa bil-fakhri masyhûr(un), wa ‘alas sarrâ-i wadh dharrâi masykûr(un), wa shallallâhu ‘alâ sayyidinâ Muhammadin wa âlihith thâhirîn.

Mari kita ikuti maknanya
Dengan nama Allah Cahaya, dengan nama Allah  Cahaya dari segala  cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya.

Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang tertulis, dalam lembaran tersebar, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih.

Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga shalawat senantiasa Allah curahkan kepada junjungan kami Muhammad dan keluarganya yang suci. (Mafatihul Jinan, bab 1: 112)

Khasiat Doa Nur
Doa Nur dikenal sebagai Hizz (doa perlindungan) Fatimah Az-Zahra' (sa). Doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepadanya.

 
Di antara khasiat doa ini dapat menyembuhkan penyakit demam, dan penjagaan diri dari wabah penyakit demam. Doa ini sangat bagus didawamkan (dibaca secara istiqamah) khususnya di saat musim wabah penyakit demam.

Selain khasiat tersebut jika doa ini didawamkan dapat membuka pintu rejeki.

Pengamalan
Boleh dibaca setiap selepas solat, atau sekurang-kurangnya sekali pagi dan petang.

Pada waktu-waktu terdesak, mesti dibaca setiap selepas solat.

Untuk mengubati demam, bacakan pada air dan lapkan/sapukan pada tubuh dengan niat sebagai penawar. Mudah-mudahan sembuh.

Sila betulkan bacaan anda kepada mana-mana ustaz sebelum mengamalkannya. Terima kasih..

Sunday 5 August 2012

11 RAHSIA DARI AL-FATIHAH

Hidup ini memang penuh dengan rahsia. Ke mana pun kita pergi, rahsia membelit diri kita, Apa pun yang kita baca, ia juga penuh dengan rahsia.

Berikut saya tampilkan 11 rahsia yang mesti anda tahu.

Ia berkaitan dengan hidup anda sebagai seorang Islam. ANDA MESTI TAHU.

Friday 3 August 2012

KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA

















Mulai hari ini, nama baru blog ini ditukar kepada Mencari Damai Di Langit BiruMU.  Tujuannya supaya anda mendapat kedamaian mata dan perasaan bila membacanya. Mata anda tentu selesa melihat langit biru yang cantik pada tajuk besar blog ini. Perasaan anda tentu gembira dan sejuk melihat awan putih seperti salju di tepi langit biru yang cantik itu.

Hari ini, saya ingin memberikan anda satu post istimewa tentang Imam Mahdi.