GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 27 August 2012

7 TANDA ANDA DICINTAI ALLAH



Katakan kapal anda pecah dipukul ombak. Kesemua 49 penumpang lain mati kelemasan kecuali hanya anda yang selamat. Anda terdampar keseorangan di sebuah pulau yang sepi.

Anda pandang ke depan, hanya nampak pasir yang memutih.

Anda pandang ke kiri, tidak ada sesiapa pun di sana.

Anda pandang ke kanan, semuanya kosong dan sepi,

Lalu anda pun berseru : Wahai Tuhan, tolonglah aku, bantulah aku. 

Kalau anda seorang muslim yang baik, yang disayangi dan dicintai oleh Tuhan, pastilah DIA akan menolong anda. Ketahuilah ada 7 tanda anda disayangi dan dicintai oleh Allah SWT.

Kita mulakan cerita ini pada saat anda terdampar di tepi pantai.   

[1] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Lalu Allah SWT memberi yang terbaik kepada anda. DIA menurunkan hujan kepada anda. Anda dapat mandi dan minum sepuas-puasnya. Lalu DIA menghanyutkan sebiji epal dekat anda, lalu anda dapat makan & bertenaga kerananya.
    Hujan yang turun. Syukur kepadaMU.
Epal yang sedap dan lazat

JIKA TIDAK
DIA membiarkan sahaja anda di situ dengan dahaga dan lapar yang berpanjangan. DIA menahan hujanNya daripada turun. DIA juga menahan sebarang kurniaNya daripada mendekati anda.

[2] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Lalu Allah SWT menganugerahkan perasaan kasih sayang dan sifat lemah-lembut kepada anda. Anda menjenguk kalau-kalau ada rakan anda yang terselamat yang mendekati pulau anda. Atau ada mayat rakan anda yang menuju ke pulau anda. Anda ingin menolong dan membantu sekuasa anda.

JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda tumbuh dengan sifat mementingkan diri. Syukurlah aku selamat. LANTAKLAH orang lain tu.

 

[3] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Penduduk dunia menerima anda dan menyayangi anda. Berita kehilangan anda segera tersebar dan mendapat liputan meluas. Ramai orang cuba mencari anda. Akhirnya anda berjaya diselamatkan & kembali hidup bersama keluarga. Kisah pilu anda disiarkan dalam media massa untuk dijadikan pengajaran dan iktibar.



JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda terdampar seorang diri di pulau itu. Walau pun ada kapal lalu-lalang dan ternampak isyarat kecemasan yang anda buat, tetapi semacam ada hijab yang menutupi antara anda dan mereka.

Anda keseorangan di pulau itu selama berbulan-bulan. Misai dan janggut anda dah panjang sehingga tak sesiapa pun mengenal anda lagi. Kuku anda pun menjadi tersangat panjang mengalahkan berok dan kera.

Keluarga anda dah buat majlis tahlil yang ke 100 hari untuk anda. Mereka menyangka anda sudah mati walau pun sebenarnya anda masih HIDUP.

[4] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Allah SWT menguji anda dengan bala  dan anda sabar menghadapinya serta sentiasa menjadikan ujian Allah SWT kepada anda sebagai pengajaran.

Sabar itu indah

Kisah itu menjadikan anda semakin percaya bahawa Tuhan sangat pengasih dan penyayang. Dia memberi anda ujian. Dan dia juga yang menyelamatkan anda daripada ujian itu.

JIKA TIDAK
Anda merunggut padanya dengan bermacam-macam tohmahan. Anda akan menuduhnya sebagai tak pandai memberi ujian, buta, jahil dan berbagai-bagi lagi. Pelbagai kata kasar dan biadap anda lemparkan kepadaNya.

Akibatnya, anda semakin jauh daripada Allah. DIA membenci anda di atas keburukan akhlak & perangai anda.

[5] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Anda menghabiskan umur anda dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan perkara maksiat. Anda merasa lazat beribadah & bermunajat kepadaNya. Di saat azan berbunyi, anda segera mendekati masjid & solat berjemaah di sana. Alangkah mulia cara hidup yang anda tunjukkan.

Menghabiskan masa dengan solat dan munajat

JIKA TIDAK
DIA membiarkan anda hidup mengikut nafsu semata-mata. Anda bekerja siang malam mencari rezeki sedangkan rezeki anda tidak pernah mencukupi. Kemudian syaitan mengajak anda melakukan maksiat dengan minum arak dan berzina.

[6] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Mati dalam keadaan taat kepada Allah SWT serta sentiasa ghairah menyahut seruan jihad. Anda beruntung kerana jiwa anda dihidupkan Tuhan & sentiasa menyala-nyala untuk mendapat syahid.

 
Beruntunglah orang yang mendapat pangkat syahid. Saat anda melihat Rejim Zionis membunuh saudara-saudara kita di Palestin, anda menjadi sangat marah & terasa ingin menebas batang tengkok Yahudi-Yahudi Laknatullah itu.

Saat anda melihat saudara-saudara kita di Kashmir, Myammar dan lain-lain tempat di dunia ditindas dan diperlakukan penuh kehinaan, anda merasa sangat marah & ingin membela mereka. Anda rela menjadi syahid demi agama anda.  

JIKA TIDAK
DIA membiarkan sahaja anda lupa kepada akhirat dan lupa juga tentang nasib saudara-saudara seagama anda. Anda dihanyutkan oleh kehidupan sementara dan anda lupa kepada penderitaan mereka yang seagama dengan anda.

[7] JIKA ANDA DICINTAI OLEH ALLAH
Bersangka baik kepada Allah ketika mati. Anda percaya bahawa Tuhan itu bersifat Maha Pengasih & Maha Penyayang. Dan anda pun percaya bahawa DIA tidak akan mensia-siakan hidup anda selama ini.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk Islam. Jadi, anda percaya bahawa Tuhan akan memberi balasan yang indah dan baik kepada anda.  Anda mengharapkan keridhaanNya dan shurgaNya. Insyaallah, anda akan mendapat kedua-duanya.

JIKA TIDAK
DIA akan menjauhkan rahmatNya dan pengampunanNya daripada anda pada saat kematian anda. Maka datanglah syaitan mengoda anda. Lalu matilah anda dalam keadaan “suul khatimah”.  

No comments:

Post a Comment