GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 28 September 2012

IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 3)




Anda telah membaca 2 entri saya sebelum ini, IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1 & 2). Sebelum saya melanjutkan dengan entri terbaru saya, IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 3), saya mahu anda mendapat kesimpulan ketat daripada kedua-dua entri saya di atas.

IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 2)



Benarkah Mereka Itu Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim?


Saya terdiam sebentar takkala membaca kenyataan di atas. Adakah benar Nasser Mohamed itu Imam Mahdi (IM) dan Abdul Aziz Muhammad Nashir itu Pemuda Bani Tamin (PBT)?.

Kedua-duanya dari sebuah negara di Asia Tenggara. Kedua-duanya berbangsa Melayu dan dari rumpun Melayu.. Dan saya telah menolak kewujudan IM dari bangsa Melayu dan rumpun Melayu. Seperti telah saya jelaskan dalam IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1), IM itu pernah tinggal di Iraq dam pernah dikhianati oleh Saddam Hussin.

Thursday 27 September 2012

IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1)



Sudah lama saya tak menulis pasal Imam Mahdi (IM). Maaflah. Saya sibok sangat-sangat. Sibok giler, kata orang sekarang.

Dalam diam, saya merenung & berfikir. Dalam diam juga, saya mencari makrifat tentang siapa dan di mana sebenarnya IM.

Friday 21 September 2012

MENAKJUBKAN TETAPI MUNGKIN JUGA MENGERIKAN


Pemandangan di bawah setengahnya kelihatan indah & menarik, akan tetapi mungkin juga mengerikan.

Selain migrasi kupu-kupu Monarch yang indah & cantik, pemandangan-pemandangan lain, walau pun cantik tetapi mengerikan & menakutkan.

Thursday 20 September 2012

MANUSIA-MANUSIA BIADAP TERHADAP RASULULLAH SAW




Kebiadapan yang paling besar ialah menghina agama. Umat Islam dilarang menghina agama lain, apatah lagi agama Islam yang mereka anuti.

Menghina agama adalah perbuatan tolol yang datang dari jiwa yang kacau & ilmu yang celaru. Ia datang dari rumusan hidup yang penuh huru-hara.

INNOCENCE OF MUSLIMS [kejahatan terhadap Islam]





Sunday 16 September 2012

SAINTIS MENEMUI TEROMPET MALAIKAT ISRAFIL?

 
Dengan sebuah peralatan canggih, para saintis telah membuat kesimpulan yang mencengangkan mengenai alam semesta. Benarkah mereka telah menemukan terompet (sangkakala) Malaikat Israfil?

Penemuan itu telah dijumpai beberapa tahun lalu dalam sebuah pemerhatian (observation) yang dipimpin oleh Profesor Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman. Pada masa itu, mereka hendak mencari tahu, seperti apa sebenarnya bentuk alam semesta ini.

Maka digunakanlah sebuah alatan canggih,  milik Badan Angkasa Lepas  Amerika Syarikat (NASA)

Alatan tersebut dikenali sebagai Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP). Hasilnya menunjukkan, alam semesta ini ternyata berbentuk seperti sebuah terompet raksasa.


Di hujung bahagian belakang ‘terompet’ alam semesta ini,  dinyatakan bahawa ia tak mampu diamati atau diperhatikan (unobservable). Di bahagian depan, ada bumi dan seluruh sistem tata surya (sistem solar) yang mampu diamati atau dikesan.

Hal ini dikatakan ada hubungannya dengan sebuah hadits seperti yang terdapat di dalam kitab Tanbihul Ghofilin.

Jilid pertama kitab itu menyebutkan hadits dari Abu Hurairah, yang menyatakan sangkakala Malaikat Isrofil berbentuk tanduk dan diperbuat daripada cahaya. Ukuran bulatannya seluas langit dan bumi yang dapat dipahami meliputi atau mencakup seluruh wilayah alam semesta.


Dikatakan bahawa malaikat Israfil sudah bersiap-siap untuk meniupnya. Sekarang ini pada peringkat meletakkan bibirnya di ujung sangkakala dan akan meniupnya sewaktu mendapat perintah dari Tuhan. 

Bila saat itu tiba, maka ketika itulah, seperti dikatakan, hari kiamat telah tiba. Jika alam semesta ini sebuah sangkakala, bayangkan sebesar manakah peniupnya? Bayangkan pulak sehebat manakah pencipta alam semesta ini?  Wallahualam..

( Sumber: http://www.inilah.com/read/detail/1779363/ilmuwan-temukan-terompet-malaikat-israfil )

Saturday 15 September 2012

JAM TERBESAR DI DUNIA ADA DI MEKAH

http://i580.photobucket.com/albums/ss245/mcmachasyin09/makkah-clock-tower.jpg
Kerajaan Arab Saudi telah mengoperasikan sebuah jam gigantic bermuka empat terbesar di dunia di Kota Suci Islam Mekah. Jam ini memiliki tinggi enam kali ganda daripada Big Ben Inggris.

Friday 14 September 2012

INILAH CERITA KEGELAPAN ALAM KUBUR









Terima kasih kerana membaca blog saya yang lepas, MATI, KUBURAN & ALAM BARZAH.Sekarang saya menyambung dengan entri yang masih sama. INILAH CERITA KEGELAPAN ALAM KUBUR.

Kita mulakan entri ini dengan situasi pertama.
 
SITUASI PERTAMA
Cuba anda pejam mata anda sekitar 3 minit. Apa yang anda Nampak?

Anda hanya nampak kegelapan sahaja. Kegelapan tanpa cahaya. Semua gelap. Kanan gelap, kiri gelap, hadapan gelap, belakang gelap, atas gelap, bawah pun gelap.

Thursday 13 September 2012

20 PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN



20 Fakta Unik Antara Lelaki dan Perempuan

1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada saat malam dari pada laki-laki.

Mereka perlu jumlah tidur yang lebih lama. Ini menunjukkan lelaki lebih berupaya berjaga malam dari segi fizikal dan mentalnya.

Cuba perhatikan kerjaya polis, askar, jaga, bomba dan sebagainya. Tuhan memberikan mereka (kaum lelaki) keupayaan berjaga malam demi untuk keselamatan kita semua. Syukur alhamdulilah.

MATI, KUBURAN & ALAM BARZAH




 

 
Pagi ini saya bangun seawal 5.30 pagi. Tetapi perut saya sebu, yang menyebabkan saya tak selesa.

Saya rasa “tak selesa” itu sejak petang semalam. Semenjak balik dari Tanah Merah, di tempat kenduri Najib, anak Poksu Kob Sub Depo Machang. Semasa memandu pulang, saya rasa macam tak boleh bernyawa. Rasa “sekak” dalam dada.

Wednesday 5 September 2012

ERTI MIMPI PELIK ITU



Minggu lepas, saya telah memasukkan sebuah entri tentang mimpi di sini. Terima kasih kerana sudi membaca MIMPI PELIK yang saya sajikan. Rupa-rupanya, ramai orang yang  tertarik untuk mengetahui tentang mimpi.

Monday 3 September 2012

MIMPI PELIK



Pada pagi Isnin (Hari Raya Kedua), 22.8.2012, saya telah mengalami sebuah mimpi yang agak pelik. Saya tidak pernah bermimpi sepelik ini. Masa itu sekitar 4.00 pagi, sebab bila saya tersedar, jam menghampiri ke pukul 5.00 pagi.

Saya ini payah untuk bermimpi. Kalau ada pun, jarang-jarang sekali je. 10 tahun lepas, saya pernah bermimpi melihat seorang hamba Allah berayun dalam buaian yang diperbuat daripada cahaya.

Seronok betul dia berayun dalam buaian yang putih bersinar itu. Saya cuba mengendap-gendap siapakah dia. Tetapi mata saya silau. Buaian itu sungguh bercahaya, bersinar-banar. Kalah mata saya.

Tali buaian itu pun bercahaya kuat. Putih bersinar mengalahkan mata saya.

Sekadar gambar ilustrasi sahaja.

Saya tertanya-tanya, siapakah dia?

KISAHNYA. Mimpi saya itu menunjukkan saya berada di satu tempat yang lapang. Saya mengosok-gosok mata. Luasnya tempat ni. Tetapi di mana?

Tiba-tiba saya melihat ada benda yang bergerak ke hadapan dan ke belakang. Rupa-rupanya sebuah buaian yang terdiri daripada cahaya. Talinya pun bercahaya. Ada seorang hamba Allah yang berayun padanya.

Siapakah gerangan dia? Di manakah pula saya berada ini?

Semakin lama semakin dekat saya padanya. Saya cuba memerhati siapakah hamba Allah yang bertuah itu?

Tetapi sinar dari buaian itu sangat kuat. Sinar dari wajahnya juga sangat kuat. Mata saya kalah kepada kekuatan sinar itu.

Akhirnya, terpampanlah wajahnya yang bercahaya itu pada saya. Saya kenal dia.

Saya kemudian tersedar. Subhanallah. Alangkah tingginya darjatnya pada sisi Tuhan.

Hamba Allah yang saya maksudkan itu ialah TG Tok Kenali yang saya sayangi. Kalau secara biasa, anda akan dapati dia berkulit gelap. Wajahnya pun gelap. Tetapi Tuhan memberikannya sebuah darjat yang mulia di dalam shurga.

Di sana dia bergembira, bermain buaian yang cantik dan lawa. Subhanallah.

TG Tok Kenali.
Mahir bahasa Arab
Kawasan bekas pondok Tok Kenali
TG Tok Kenali merupakan ulamak masyhur Negeri Kelantan pada awal 90an. Beliau meninggal pada tahun 1933, meninggalkan sejumlah anak-anak murid yang kemudian mendirikan pondok-pondok pengajian agama di serata Malaysia.

Sebahagian besar mereka juga memegang pelbagai jawatan penting dalam pentadbiran agama. Ada yang jadi mufti, kadi, ulamak, ustaz dan sebagainya.

Ada lagi beberapa mimpi lain yang saya alami selepas itu. Nanti saya akan ceritakan selepas ini. Insyaallah. Sekarang, saya nak bagi petua mudah untuk dapat mimpi yang benar. Pada saya, saya mengamalkan 2 perkara ni jew.

[1] Jangan suka bercakap bohong. Sedikit pun jangan bohong. Bercakap benarlah, walau pun pahit.

[2] Amalkanlah sesuatu ilmu itu sehingga cukup 40 hari. Kalau dapat dawan (istiqamah), lagi baik. Saya suka mengamalkan Ya Aliim (Yang Maha Mengetahui) 100X setiap selepas solat. Amalan ini pun menolong anda mendapat mimpi yang benar.

Amalan-amalan lain pun tak apa. Biar cukup 40 hari sahaja.

Ini baru mukaddimah sahaja. Saya belum lagi cerita pasal mimpi pelik saya yang terbaru ni. Maaflah, mukaddimah saya panjang sikit. Mimpi saya pada Isnin, 22.8.2012 adalah seperti berikut.

KISAHNYA : Saya tiba-tiba berada di dalam sebuah istana yang tidak saya kenali. Istana yang sederhana besar. Istana siapa ini? Mana rajanya? Di mana pula permaisurinya? Di dalamnya, terlihat ramai orang. Tetapi tak ada seorang pun yang saya kenal. Mana rajanya? Mana permaisurinya?

Ilustrasi - gambat Muzium Istana di Melaka
Dalam mimpi itu, saya bergerak ke sana ke mari dalam istana memberi arahan kepada yang hadir. Tetapi saya bukan raja, bukan pula menterinya, bukan pula pembesarnya. 
Istana yang besar
Terbangun sahaja, saya tidak pasti perasaan saya yang sebenarnya. Gembirakah? Atau saya tergamankah? Saya tak pernah melangkah masuk ke dalam mana-mana istana, berjumpa raja atau bercakap dengannya. Paling tak munasabah, saya tak pernah berlaku biadap dalam mana-mana istana pun di dunia ini.

Bila saya membuka kitab Tafsir Mimpi Ibnu Sirin, tafsirnya mengatakan bahawa orang yang bermimpi itu akan mendapat kemuliaan dan kehormatan dari orang ramai.  Saya terpegun. Bagaimana dan di mana?

Beberapa hari selepas itu, barulah rahsia mimpi itu terbongkar.

NAK TAHU?  Tunggulah sambungannya selepas ini.   Tunggu entri saya yang berjudul RAHSIA MIMPI PELIK INI.