GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 31 August 2013

MESIR AKHIR ZAMAN (1) Husni Mubarak Akan Kembali Berkuasa Dengan Wajah Gelap Perang Saudara.



MESIR AKHIR ZAMAN (1) Husni Mubarak Akan Kembali Berkuasa Dengan Wajah Gelap Perang Saudara.

Dalam krisis Mesir yang semakin berpanjangan, kita terjumpa bermacam-macam perkara. Ada yang memuji keberanian Ikhwanul Muslimin (IM) dan ada juga yang memuji Jeneral Sisi sebagai hero Mesir.

Terbaru, ada sebuah fatwa dari Prof. Dr. Ali Jumu’ah (mantan mufti Mesir) yang  mengajak IM untuk kembali ke pangkuan rakyat Mesir dan menyatakan bahawa Amerika selama ini tidak pernah melindungi mereka (IM).

Ini tentunya bercanggah dengan kenyataan pemimpin kanan IM, Muhammad El-Beltagy bahawa IM akan meneruskan tentangannya terhadap tentera.

Saya telah menulis kisah panjang lebar tentang  kematian puterinya, Asmaa Mohamad El-Beltagy, 17T dalam peristiwa berdarah 14/8/2013.

Kemudian daripada mimpinya 2 hari sebelum itu, dia telah mendapat satu kesimpulan jelas (bahkan satu petunjuk dari Tuhan melalui mimpi benar) bahawa dia berada di atas jalan yang benar dan penentang-penentangnya berada di pihak yang salah.

Lalu apakah maksudnya seruan Syeikh Ali tersebut? IM hanya menuntut hak mereka. Mereka mahu presiden mereka dikembalikan ke tempatnya.

Tetapi  Syaikh Ali Jum’ah mempunyai jawapan lain berkait kemenangan Presiden Morsi: “Morsi hanya menang 1% dalam pilihanraya presiden pusingan kedua   dengan penentang terkuatnya”.

Lalu saya ingin bertanya, “Apakah ini bererti rakyat Mesir tidak menyukainya? Bagaimana pulak dengan IM yang berjuta-juta menyokongnya?”

Mari kita berhenti rehat dan menjenguk sebentar kepada Hosni Mubarak (selepas ini dipanggil Mubarak).

Apakah peristiwa kejatuhan Mubarak kemudian di ganti oleh Mohamed Morsi dan kemudiaanya di gulingkan oleh tentera yang setia dengan Mubarak merupakan petanda dekatnya muncul Imam Mahdi?

Cerita panas Mesir itu sama panasnya seperti kisah di Syria yang sekarang ini di ambang peperangan dengan pihak Barat. Bahkan Ia sama panasnya dengan cerita Komet ISON yang menandakan dekatnya kemunculan Imam Mahdi Akhir Zaman.

Banyak sekali hadis-hadis yang menceritakan keadaan yang akan berlaku di Mesir seperti diberitahu oleh Rasulullah s.a.w hingga membawa tercetusnya perang diakhir zaman dan hingga membawa keluarnya Imam Mahdi.

Dalam satu hadis marfu' diriwayatkan dari Abu Zar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkata: "Sesungguhnya akan ada seorang lelaki dari Bani Umayya di Mesir yang mengambil alih sultan memerintah, kemudian dia dijatuhkan pemerintahannya atau kekuasaannya. Kemudian dia melarikan diri kepada Rom. Kemudiannya dia membawa orang-orang Rom menghadapi penduduk Islam. Maka itulah bermulanya peperangan (dengan Rom)".

Hadis ini dibawa oleh Imam Ahmad Al-Tarabani no. 8336 dalam kitab Al-Mu'jam Al-Awsat.

Terdapat maksud yang hampir sama dari hadis berikut, yang diriwayatkan dari Nuaim bin Hammad dalam Kitab al-Fitan;

Dalam satu hadis marfu' diriwayatkan dari Abu Zar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkata: "Sesungguhnya akan ada di Mesir seorang lelaki dari Bani Umayya berhidung pesek yang mengambil alih sultan memerintah, kemudian dia dijatuhkan pemerintahannya atau kekuasaannya. Maka dia melarikan diri kepada Rom. Kemudiannya dia membawanya bersama (orang-orang Rom) memasuki Iskandariah (Alexanderia), maka berlakulah pertempuran dengan penduduk Islam disitu. Maka itulah bermulanya peperangan (dengan Rom)".

Meskipun hadis ini dikatakan dhaif tetapi maksud kalimah (أخنس) iaitu bentuk hidung yang besar dan pesek seperti negro perlu diberi perhatian.

Kalau dibandingkan dengan presiden Mesir yang lepas, sifat tersebut lebih menghampiri bekas presiden Husni Mubarak. Tambahan pula Husni Mubarak merupakan presiden Mesir yang  paling lama memerintah.

Keadaan Mesir sekarang ini cukup huru-hara, tetapi kenyataan dari hadis-hadis di atas menunjukkan perbezaan nilai harga antara golongan secular (Mubarak, tamarood & tentera) dengan golongan Islam (Morsi & IM).

Bahang panas itu semakin memijar dengan kenyataan-kenyataan terbaru pihak tentera bahawa IM itu bakal dituduh sebuah kumpulan pengganas (teroris) dan menaja keganasan.

Lebih keras lagi, IM bakal digelar “Kumpulan Radikal Paling Muwahidun”. Dan atas sebab itulah, Muhammad Elbeltagy (dalam temubualnya kepada Al-Jazeera) mempersoalkan siapa sebenarnya patut bergelar pengganas.

Bahkan beliau secara lantang berkata, “Pihak tentera Mesir itulah sebenarnya pengganas”.

“Biarkan saya mengungkapkan, terminologi perang terhadap pengganas  ini”.

Maka kerana itu, silakan anda baca kata-katanya di bawah ini & memahami seluruh perbualannya dengan maksud siapakah sebenarnya pengganas itu.

[1] Pertama, kita harus bertanya siapakah pengganas sebenarnya? Mereka adalah orang yang melakukan pembantaian, menyerang masjid, menodai, dan membakar mayat," ujarnya.

[2] Pengganas  sesungguhnya adalah pihak yang menghadapi rakyat, sementara rakyat marhein hanya berdiri selama 48 hari dan hanya menggunakan suara mereka untuk menolak rejim tentera Mesir.

[3] Mereka (rakyat marhein) itu hanya  berkata TIDAK kepada jenderal Sisi & menuntut haknya yang dirampas secara keji tetapi perkataan itu dibalas menggunakan  tank, peluru, dan kekuatan.

[4] Jika penunjuk perasaan itu  memiliki senjata, mengapa mereka tidak menggunakannya untuk melawan pembantaian?

"Jika Ikhwanul Muslimin memiliki senjata api atau pisau lainnya, mengapa mereka tidak menggunakannya untuk mempertahankan pemimpin Muhammad Badei yang ditahan?"

[5]"Bagaimana Jenderal Sisi boleh mendakwa IM sebagai pengganas, padahal sebelumnya dia merupakan seorang menteri di bawah kabinet presiden yang berasal dari Ikhwanul Muslimin? Bagaimana dia mendakwa kami adalah pengganas, sedangkan semasa dia mengetuai unit perisikan (intelijen), dia tak pernah menyebut kami kelompok pengganas?

Apakah kami menjadi pengganas  karena menjadi pihak penentang dalam rampasan kuasa ini?

Kami berhenti rehat di sini dahulu. Kami akan menyambung semula siri ini dengan kisah lelaki Bani Ummaya (Husni Mubarak) yang akan kembali berkuasa dengan bantuan AS. Dan peperanganpun akan berlaku.

IM akan menuntut haknya dengan air mata dan darah. Perang suadara akan terjadi seperti di Syria. Dunia Islam bertambah huru-hara.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, bantulah kami.

AHAD 1/9/2013

No comments:

Post a Comment